Sunday, January 29, 2012

Tugasan 1

Melawat 5 buah laman web sekolah dan membuat penilaian terhadap laman-laman tersebut.

Saya telah melawat 5 laman web sekolah di mana URLnya adalah seperti berikut :
  1. http://www.smksgpusu.net/
  2. http://bptv.edu.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=659%3Asekolah-menengah-teknik-gombak&catid=101%3Aprofil-sekolah&Itemid=345&lang=bm
  3. http://smekses.blogspot.com/2009/07/buletin-sekolah.html
  4. http://www.smtpd.edu.my/
  5. http://smkanaim.bpi.edu.my/sejarah.html
Daripada lima sekolah yang dilawati, saya memilih sekolah Sekolah Menengah  Sungai Pusu, Gombak, Selangor untuk dibuat penilaian. Pada pandangan saya laman web sekolah ini :-
  1.  Kenyataan laman web rasmi jelas tertera di bahagian atas. Kenyataan di bahagian atas jelas memaparkan nama dan alamat sekolah, nombor telefon dan fax serta alamat email sekolah.
  2. Laman web ini mempunyai  logo rasmi sekolah dan jata negara yang menunjukkan sekolah ialah sebuah agensi kerajaan. Logo ini diletakkan di sebelah kiri dan kanan.
  3. Susun atur maklumat dalam laman web ini juga kelihatan teratur dimana di bahagian tepi kanan terdiri dari menu-menu yang berupa info umum, manakala disebelah atas pula terdapat menu-menu utama yang menjadi teras kepada sekolah tersebut.
  4. Laman utamanya mengandungi maklumat-maklumat utama yang telah dikemaskini.
  5. Terdapat juga pelbagai bahan-bahan pendidikan dan juga bahan audio yang boleh dimuat turun oleh penghuna.
  6. Laman web ini juga menyediakan kemudahan untuk pautan kepada agensi-agensi lain yang berkaitan serta kenyataan penafian.

No comments:

Post a Comment